BICARA MERDEKA SEORANG GURU TUA
Lima dasawarsa yang lalu
aku, anak desa yang dungu serba tak tahu
hanya ikut-ikutan melulu
memekik “Merdeka! Hidup Tunku!” bertalu-talu.
Hingga tiba ketika aku berani bertanya
ruh dan makna sepatah kata,
meminta bukti nyata sebuah cerita
“Merdeka”.
Kutadah segala madah
kuperah khazanah hikmah
kutemukan daulat karamah insaniyah
mulia perkasa dengan al-izzah.
Merdeka siapa cuma mengenyah penjajah
merdekaku meraih izzah
Deklarasi syahadah: La ilaaha illa Lllah
menyanggah berhala seribu wajah
mengenyah segala bedebah penjajah, penjarah, penjenayah.
Kubongkar pendaman fakta
Kubuka kitab pusaka
Terserlah deretan nama
Wira merdeka bukan Tunku sahaja
ramai yang mendahuluinya.
Mendadak aku bertanya
sejarah bikinan siapa?
Merdekakah kita,
julingkah mata sarjana
apabila tidak bersuara
tentang pahlawan tak dikenang
wira tak didendang?
Lima dasawarsa lamanya
banyak kata belum terkota
banyak lagi rupa tak seindah berita.
Bagi generasi yang semakin tak mengerti
kata merdeka bak mantra yang hilang sakti
dan mereka semakin tak peduli.
Jiwa merdeka sirna ditelan pesta
matilah rasa hilanglah peka
betapapun gegak gempitanya
pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tetapi semerta terbelalak mata
bila setan korupsi menggoda,
“Mau duit ka? Mau duit ka? Mau duit ka?”
Gejala pesona yang kian menggila
menginjak takwa menganjak jiwa
merdeka dengan ketuhanan Yang Maha Esa
menjadi hamba kewangan yang “maha berkuasa”.
Pada Hari Merdeka yang ceria
kusimpan tangis di balik tawa
kupendam cemas di tengah pesta.
Akan terjualkah merdeka kita?
Hasil Nukilan:
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil,
31 Ogos 2007
Lama dah aku berehat dari tulis-menulis ni. Dengan sedikit kudrat minat menulis yang terbatas ni, bolehla jugak nak share sekerat dua pengalaman awal dah nak hampir sebulan berhijrah ke negeri orang ni. Tapi masih berkecamuk nak tulis yang mana satu. Al-maklumlah, bab2 nak susun plot cerita ni memang tiada ilmu di dada. Semoga Allah berikanku ilham dalam menyampaikan sesuatu yang bermanfaat.
Pulau Pinang begitulah nama diberi, juga dikenali sebagai Pulau Mutiara. Tapi so far aku tak jumpa pulak Mutiara ni. Mungkin ada kat mana2 kot tapi aku je yang belum jumpa. Takpalah, nanti2 aku boleh carik. Balik kepada cerita di negeri orang ni. Mula2 dpt tahu nak transfer ke sini, tertanya2 pulak boleh ke aku buat? Yalah kalau nak dikatakan keperluan sampai nak perlu pindah, Alhamdulillah kalau di hometown dah serba cukup bagi akulah. Bagi orang lain tak tau pulak. Rumah dah ada, kereta, motosikal, anak, bini, kawan2. Bolehlah dikatakan berada dalam zon selesa...Alhamdulillah..
Jadi, aku betulkan niat hijrah ini kerana Allah. Memang dalam apa2pun yang kita buat niat kerana Allah, barulah berkat. Jadi aku sahut cabaran kerana meyakini Allah lah yang Maha Mengetahui hikmah penghijrahan ini. Dalam suasana nak hari raya, aku pulak bawak family berhijrah. Nak dipendekkan cerita, penghijrahan pun bermula...
![]() |
Masa nak take-off |
![]() | ||||||
Bestnyer nait belon...hehe |
![]() |
Adek mesti pegang tangan abang, gugok kelak |
![]() |
Adek dah 'kepak' gilak tok |
![]() | |
Gaya pecutan Bolt - Gaya yang aku gunakan nak kejar Umar & Aisya |
![]() |
Bolt - Die Hard Fan of Manchester United |
Insya-Allah, dalam Chapter 2 bolehlah aku sambung kesah nak carik rumah sewa, bukak puasa dan sebagainya. Semoga diberi Allah kekuatan dan keistiqamahan...
Assalamua'laikum Wrh Wbt..
Ramai yang mula tertanya-tanya apa itu SISMA? Apa objektif SISMA dan peranannya dalam gerakan dakwah di Sarawak.
Berikut adalah petikan ucapan saya semasa melancarkan SISMA Sarawak pada 4 Februari 2012 yang lepas. Semoga menjawab apa yang terbuku.
Wallahua'lam.
"Dengan menerapkan 5 budaya ABIM, 1. Menghayati Budaya Ilmu 2. Menghayati Amalan Kerohaniaan 3. Menghayati Amal Syura & Amal Jama'iy 4. Memahami & melibatkan diri dalam isu semasa 5. Menghayati Ruh jihad Fi Sabilillah, ABIM Sarawak melalui Biro Tugas-tugas Khas (Regenerasi) melancarkan penubuhan Siswazah Muda ABIM (SISMA) sebagai platform untuk anak2 muda berkongsi idea, ilmu & tenaga seterusnya bersama2 Abim Sarawak untuk menzahirkannya dalam bentuk program tarbiyyah dan dakwah kepada masyarakat.
SISMA akan berdiri seiring bersama2 ABIM Sarawak dan merupakan elemen pelengkap kepada rantaian2 dakwah ABIM Sarawak seperti Akademi Bestari Muda (ABM), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) & Wadah Pencerdasan Umat (WADAH).
Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah dalam Surah As-Soff ayat 4, "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
Dengan hadirnya 'the missing puzzle" dalam mata rantai ini, kita berdoa agar ABIM Sarawak akan lebih bersemangat, bertenaga & konsisten untuk mengadakan program-program berbentuk keilmuan, kerohaniaan & latihan."
Berikut adalah petikan ucapan saya semasa melancarkan SISMA Sarawak pada 4 Februari 2012 yang lepas. Semoga menjawab apa yang terbuku.
Gambar di atas bersama orang kuat SISMA, Saudara Hasif (kiri) dan Saudara Afiq Asyraf. Tahniah! Anda dan barisan pelaksana telah memberikan yang terbaik dengan penganjuran program yang lepas.
Liputan media program Wacana Anak Muda yang dianjurkan SISMA (dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris). Sungguh, kita perlu perbanyakkan wacana sebegini di masa akan datang.
Dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
Dan di dalam satu hadis apabila Saidatina Aisyah RA ditanya tentang akhlak baginda, jawabnya, "Kaana Khuluqul Quran (Akhlaknya itu adalah Al-Quran)".
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Usai mesyuarat pimpinan bersama teman-teman pimpinan ABIM negeri. Banyak agenda dakwah bil hal yang dibincangkan sebagai tanda cinta kepada baginda Rasulullaw SAW. Setiap gerak kerja memerlukan perancangan yang teliti dan dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah kita telah melalui satu lagi hari besar dalam kalendar umat Islam, Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Tidak perlu dihuraikan dengan lebih lanjut tentang peristiwa besar yang berlaku tetapi marilah kita bersama-sama menjiwai hikmah di sebalik peristiwa besar itu.
Saya ingin melihat dalam konteks yang lebih kecil iaitu apabila kita mengaitkan semangat korban ini dalam gerakan kita. Masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan ditegur dalam menghayati budaya korban dalam gerakan. Apalah gunanya kita menghadiri usrah beribu-ribu kali sekiranya semangat, ruh dan isi usrah itu gagal kita terjemahkan dalam bentuk perlaksanaan.
Seringkali di dalam usrah kita mendengar para naqib @ naqibah mengingatkan tentang pentingnya kita bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Memahami bahawa dengan kerjasama dan pengorbananlah yang dapat memberikan kita kekuatan.
Saya ambil satu contoh mudah berdasarkan kepada pemerhatian dan PENGALAMAN yang tidak dapat dijual beli. Apabila menaiki sebuah kereta ke sesuatu tempat (mungkin nak ke usrah atau ke tempat program dan sebagainya), penumpang biasanya akan buat 'dek' bila nak isi minyak atau buat-buat tak tahu bila sampai 'part' minyak. Yang dia tahu, ada orang ambil dan hantar balik. Dah lah kawan (driver) tak bekerja (student jugak) dan sengkek, keta penuh 4-5 orang. Orang yang diambil pulak tinggal merata-rata tempat. Kalau kawan dah bekerja @ anak orang kaya @ dia sendiri memang kaya lainlah ceritanya.
Jadi di mana semangat pengorbanan di sini? Kan elok kalau setiap kali kita menumpang, kita faham-fahamlah, buat 'collection' RM2 seorang ke, kalau ada 5 tubuh dalam keta kan dah RM10. Lepas duit minyak. Kalau sebulan baru RM8. Kalau semua buat tak tahu, kawan kita yang 'drive' tu kena 'spend' RM40 sebulan. Itulah yang menyebabkan sesetengah kawan-kawan kita ni merungut dan ada yang dah tinggalkan kita.
Dan kita pun tak boleh nak salahkan mereka dengan mempersoalkan di mana semangat pengorbanan mereka. Yang kita pulak bagaimana? Nak tumpang tapi semua nak 'free'. Tak aci lah macam tu. Kawan kita pulak dah 'korban'kan kereta dan ego untuk jadi driver.
Satu lagi bila kita dah agak senior dalam gerakan ni, kita kena pandai cari inisiatif lain. Taklah sepanjang masa nak bergantung pada orang tu saja. Dalam gerakan ni, kita nak belajar supaya jadi lebih dewasa. Kalau ingin didodoikan macam bayi, baik balik rumah tido.
Saya fikir mungkin perkara ini perlu diberi penekanan yang lebih, baik dalam ABIM, PERKEPIS ataupun ABM sendiri. Sebab ini melibatkan soal pembentukan tarbiyah. Apabila semua punya rasa pengorbanan yang tinggi, semua perkara akan jadi mudah. Teringat pulak lagu dalam rancangan kanak-kanak Wonderpet yang berbunyi 'kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah'.
Semoga perkara ini tidak dipandang sebelah mata kerana banyak jiwa yang telah ter'korban' disebabkan perkara 'kecil' ini. Dan semoga kita semua mangambil manfaat bersama dalam melalui jalan dakwah yang berliku-liku ini.
Semakin banyak kini perniagaan yang berteraskan kepada MLM wujud di negara kita. Semua pihak berlumba-lumba untuk membuka syarikat MLM dan menjadi kaya.
Saya pasti kepada sesiapa yang pernah menyertai MLM tahu bagaimana MLM itu bergerak. Dengan pelbagai kata-kata manis, MLM menjanjikan seribu satu kesenangan kepada pengedar atau ahli-ahlinya yang berusaha. Saya tidak nafikan sememangnya MLM mampu merubah kehidupan seseorang tetapi merubah yang bagaimana. Setiap ketika bercakap soal nak jadi kaya. Kalau boleh seisi dunia ini dia nak dapat.
Alangkah baiknya apabila dalam setiap urusan kita mendahulukan pandangan agama. Kalau dengan menjadi kaya kita meninggalkan solat, bergaul tanpa batas, lupa pada tanggungjawab sebenarnya lebih baik ditinggalkan niat tersebut.
Rajin-rajinkanlah merujuk dalam membuat sesuatu. Di sini saya sertakan 'link' ke satu perbahasan tentang isu MLM yang dikupas oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Mudah-mudahan sedikit-sebanyak akan membantu umat Islam di luar sana.
http://www.zaharuddin.net/content/view/567/100/
http://www.zaharuddin.net/content/view/222/100/
Di sini saya petik sebahagian daripada hujah yang dinyatakan tentang syubhat dalam sistem MLM.
"Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".
Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-
* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.
* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.
* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam."
Semalam genaplah 2 bulan aku bertugas sebagai Pegawai Pra Audit di ANGKASA Sarawak. Berbanding dengan pekerjaan-pekerjaan sebelumnya, pengalaman kali ini jauh bezanya kerana bidang tugasku memerlukan aku merantau ke seluruh ceruk tanah Bumi Kenyalang untuk memberikan khidmat nasihat pengurusan perakaunan kepada koperasi ahli ANGKASA.(Gambar atas: Bersama Penolong Pegawai dari kanan Puan Kasmarita Kaseh dan Puan Arliza Rosli)
Dalam tempoh ini, bermacam-macam tempat telah aku pergi dan banyak lagi tempat-tempat yang perlu aku pergi. Tempat yang telah aku pergi termasuklah Serian, Sri Aman, Sarikei, Paloh, Tanjung Manis, Rajang dan Sibu. Minggu hadapan aku perlu ke Mukah dan pada awal bulan Januari kelak perjalananku akan diteruskan ke Ba'kelalan.(Gambar atas: Bot ekspres ke Paloh bergerak jam 12.00 tengahari mengambil masa 3 jam 30 minit dari bandar Sarikei. Perjalanan dari Paloh ke Sarikei pula pukul 4 pagi)
Perkhidmatan Pra Audit yang disediakan oleh ANGKASA adalah KHIDMAT PERCUMA kepada koperasi-koperasi yang menjadi ahli ANGKASA. Koperasi yang menjadi ingin menjadi ahli ANGKASA hanya perlu membayar yuran RM100. Pra Audit membantu pihak koperasi ahli menyediakan rekod perakaunan dengan betul dan lengkap (sehingga ke Penyata Akhir Kewangan) sebelum akaun tersebut diserahkan kepada pihak juruaudit untuk diaudit. Selagi ada koperasi ahli yang memerlukan khidmat ini walau di mana pun lokasinya, Unit Pra Audit akan ditugaskan ke sana dan pihak koperasi tidak dikenakan sebarang bayaran, semuanya percuma.(Gambar atas: Kawan-kawanku dari kiri Hj Bujang (67 tahun) dan Cikgu Haji Yusof (76 tahun), koperator yang banyak membantu semasa di Sarikei. Walaupun berusia tapi jiwa berkoperator masih muda!)
Alhamdulillah, walaupun agak letih melalui perjalanan demi perjalanan, suasana baru ini mendorongku untuk mengenali dengan lebih dekat bumi Sarawak dan masyarakatnya yang berbeza bahasa, budaya dan kepercayaan.
(Gambar atas: Bersama Ahli Lembaga Koperasi Wanita Rajang di Pelabuhan Tanjung Manis)
Tentang Diri Saya
- zizane62
- Penulis dikenali dengan nama Wan Azizan B Wan Zainal Abidin Alqadri. Kini sebagai Penyelaras Negeri Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Pulau Pinang. Tanggungjawab sosial kepada umat adalah sebagai Yang Di-Pertua merangkap Ketua Biro Pendidikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak. Mantan Bendahari ABM, mantan SUA dan YDP PERKEPIS. Berkelulusan Diploma Lanjutan (Pengurusan Kewangan), Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan). Suami kepada Sharifah Afifah Bt Wan Morsidi, Ayah kepada Syed Umar Solihin & Sharifah Aisya Hawani. Boleh dihubungi melalui emel @ YM zizane62@gmail.com
Artikel Semasa & Terdahulu
Info Waktu Solat
Blog Rujukan
ABIM & Agensinya
Maklumat Umum
Bank
Emel
Tetamu 'Online'
Huwa Jiddi

Nama lengkapnya, As-Saiyid/as-Syarif Husein bin al-Habib Ahmad/Muhammad bin al-Habib Husein bin al-Habib Muhammad al-Qadri, Jamalul Lail, Ba `Alawi, sampai nasabnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sampai ke atas adalah melalui perkahwinan Saidatina Fatimah dengan Saidina Ali k.w. Nama gelarannya ialah Tuan Besar Mempawah. Lahir di Tarim, Yaman pada tahun 1120 H/1708 M. Wafat di Sebukit Rama Mempawah, 1184 H/ 1771M, ketika berusia 64 tahun.
Masa
Salam Ziarah
Hadith Rasulullah SAW
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Allahyarhamah Bonda

Sharifah Rokayah Binti Wan Jawi (1954 - 1998)
Wali & Ulama

Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani
Say NO to ISRAEL

Perompak Dulu, Kini dan Selamanya