
Sedikit petikan ulasan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ibu segala pilihanraya kecil baru-baru ini. Dipetik daripada Berita Harian online 28 Ogos 2008.
Adakah satu pengiktirafan atau sindiran? Anda baca dan buat penilaian sendiri...
Dr Mahathir diminta mengulas kemungkinan Anwar akan dapat membentuk kerajaan baru menjelang 16 September ini seperti yang diuar-uarkan sejak pakatan pembangkang menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac lalu.
Anwar sebelum ini beberapa kali mendakwa 30 Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan beliau membentuk kerajaan baru selepas kembali ke Parlimen.
Ditanya senario politik selepas Anwar kembali ke Dewan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang, Dr Mahathir berkata, Anwar akan menyukarkan lagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri bukan tandingan Penasihat PKR itu yang petah berbicara.
Beliau berkata, Anwar akan membangkitkan pelbagai isu dan desakan dan Abdullah akan sentiasa terpaksa mengalah.
"Beliau adalah seseorang yang dapat meyakinkan malah iblis pun mampu menurut beliau. BN akan menghadapi masa yang sukar," katanya.
Yang pastinya, senario politik semasa akan menampakkan suasana baru. Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional pastinya akan lebih berjaga-jaga dengan kehadiran tetamu yang sememangnya tidak ingin diundang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
This entry was posted
on 28 August 2008
at 4:27 PM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
About Me
- zizane62
- Bernama Wan Azizan B Wan Zainal Abidin Algadri. Bertugas kini sebagai Pegawai Pra Audit di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Cawangan Sarawak. Tanggungjawab sosial kepada umat adalah sebagai Yang Di-Pertua merangkap Ketua Biro Pendidikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak. Mantan Bendahari ABM, mantan SUA dan YDP PERKEPIS. Berkelulusan Diploma Lanjutan (Pengurusan Kewangan), Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan). Suami kepada Sharifah Afifah Bt Wan Morsidi, Ayah kepada Syed Umar Solihin & Sharifah Aisya Hawani. Boleh dihubungi melalui emel @ YM zizane62@gmail.com
Artikel Semasa & Terdahulu
-
▼
2008
(39)
-
►
July
(13)
- Rehat hujung minggu, mensyukuri nikmat Ilahi
- Rasulullah SAW di dalam Kitab Hindu dan Buddha
- ABIM Sarawak's blog
- Muktamar Sanawi ABIM Sarawak kali ke-29
- POLIS KENA BUKTIKAN DAHULU!!
- Tahniah Pendebat!
- Hubbud Dunya - Cinta Dunia
- 10 tahun berlalu...Al-Fatihah
- Tinjauan pendapat Malaysiakini ke atas kes P Balas...
- Mereka yang alim, tolong nyatakan pandangan
- Political Minded?
- MEREKA PUNYAI SATU PERSAMAAN
- Ini Pendirian Ezam
-
►
June
(11)
- GALAKSI MUHSININ - SATU SUMBANGAN DAKWAH NYDP PERK...
- BETUL KE SAIFUL DILIWAT???
- BACALAH DARI SUMBER YANG PELBAGAI KEMUDIAN BUATLAH...
- Apa kata Dr. Asyraf Wajdi dan Ezam Md Nor?
- Susahnya nak Berkuasa
- Marga Al-Qadri
- Mengenali Habib Husein Al-Qadri (Siri 1)
- Blog Berpenampilan Baru, Novel Sdra. Azrul, Aku da...
- Panduan Solat Hajat
- Pesan Dr. Yusuf al-Qaradhawi
- Analisis Mudah Kesan Kenaikan Harga Minyak
-
►
July
(13)
Blog Rujukan
ABIM & Agensinya
Maklumat Umum
Bank
Emel
Hadith Rasulullah SAW
"Apabila seorang isteri membelanjakan dari makanan yang terdapat di rumahnya tanpa melakukan kerosakan, maka dia akan mendapat ganjaran dari apa yang telah dibelanjakannya dan suaminya juga beroleh pahala dari apa yang telah diusahakan. Begitu juga Bendahari yang amanah, mendapat pahala samalah seperti mereka tanpa mengurangi sedikitpun pahala dari suami isteri tersebut" - Riwayat Aishah RA -